suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat ringan mendarat cemas, ‘tertanam’ dalam pasir pantai

Keadaan sebuah pesawat ringan yang menjadi tumpuan ramai.

MALANG tidak berbau!

Begitulah kisahnya apabila sebuah pesawat ringan terpaksa mendarat cemas di kawasan Pantai Cedar, New York, Amerika Syarikat.

Namun menariknya, pesawat berkenaan selamat mendarat dalam keadaan pelik apabila muncungnya terbenam di dalam pasir, manakala ekor pesawat pula terjungkit ke atas.

Rakaman video kejadian menunjukkan pesawat jenis Cessna 152 itu mendarat kira-kira pukul 7.30 malam waktu tempatan pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, seorang juruterbang berusia 60 tahun dan penumpangnya yang berumur 59 tahun keluar dari pesawat tanpa sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, sepasang suami isteri yang sedang berjalan di tepi pantai melihat pesawat itu dengan penuh rasa hairan apabila pesawat terbabit melintasi mereka.

Juruterbang melaporkan pendaratan kecemasan harus dilakukan berikutan kegagalan enjin pesawat untuk berfungsi dengan lancar. - Fox News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain