suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelandangan kunyah mata, telinga mangsa bunuh... Mengaku ‘dirasuk’ sebab tak tidur 5 malam berturut-turut

Czech mendakwa dia dirasuk selepas tidak tidur selama lima malam berturut-turut. -Foto KLAS

SEORANG lelaki dikenali sebagai Colin Czech bukan sahaja dituduh membunuh, malah dia juga didakwa mengunyah telinga dan mata mangsanya.

Czech, 29, didakwa memukul Kenneth Brown sehingga mati di tempat letak kereta sebuah kedai 7-Eleven di Las Vegas pada 28 April.

Dia kemudiannya dilihat menggigit wajah mangsa sebelum seorang saksi membuat panggilan kecemasan kepada polis yang membawa kepada penahanannya.

Apabila disoal oleh polis, Czech dikatakan hanya "memberi pandangan kosong" dan tidak berkata apa-apa.

Dalam soal siasat berasingan, Czech yang juga seorang gelandangan memberitahu polis dia tidak tidur selama lima malam berturut-turut.

Dia juga mendakwa 'dirasuk' dan menuduh Brown menyerangnya terlebih dahulu, menyebabkannya terpaksa bertindak balas untuk mempertahankan diri.

Pada 1 Mei, Ketua Timbalan Pertahanan Awam David Westbrook memberitahu Mahkamah Keadilan Las Vegas tentang masalah mental yang dihidapi tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan pendengaran semula kes itu pada 24 Mei.

Jika Czech didapati mengalami masalah mental untuk dibicarakan, dia akan dirawat di institusi berkaitan sehingga dia layak untuk hadir ke mahkamah.

Dia kini direman dalam tahanan tanpa jaminan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain