suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Detik cemas! Motosikal elektrik terbakar mengejut, lelaki kelam-kabut selamatkan diri

Sebuah motosikal elektrik yang terbakar secara mengejut.

TRAGEDI yang nyaris meragut nyawa.

Begitulah kisahnya apabila sebuah motosikal elektrik yang ditunggang seorang lelaki secara mengejut terbakar di Phuket,Thailand pada petang Jumaat.

Mangsa, Wichuthat Chotchuang, 28, tidak mengalami kecederaan dalam kejadian pada pukul 5.20 petang (waktu tempatan) itu.

Kejadian berlaku ketika Wichuthat dalam perjalanan menuju ke kampung sebelah apabila dia melihat asap keluar daripada motosikalnya.

Bertindak pantas, dia berhenti dan turun daripada motosikalnya lalu beredar untuk menyelamatkan diri.

Orang ramai berusaha memadamkan api tetapi tidak berjaya.

Jentera bomba dari Perbandaran Srisoonthorn telah dipanggil ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran.

Wichuthat berkata motosikalnya yang baru berusia setahun itu berfungsi seperti biasa pada mulanya sebelum tiba-tiba menunjukkan petanda ikon enjin menjadi terlalu panas.

Tidak lama selepas itu, asap mula keluar dari sekeliling motosikalnya sebelum api marak terbakar. - ThePhuketNews.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain