suria

Lelaki Brazil dakwa berjaya ramal wabak Covid-19, kematian Ratu Elizabeth... Miliki kuasa ajaib sejak umur 12 tahun

Athos mendakwa dia memiliki kebolehan luar biasa sejak berumur 12 tahun.

SEORANG pemuda Brazil yang digelar "Nostradamus zaman moden" mendakwa dirinya mempunyai kelebihan untuk meramal masa depan.

Athos Salomé, 36, mendakwa dirinya telah membuat beberapa ramalan dengan tepat.

Antaranya pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kedatangan wabak Covid-19 dan yang terbaharu, kematian Ratu Elizabeth.

Menurut Athos, dia mula menyedari kebolehan unik itu ketika berusia 12 tahun, tetapi menyembunyikan kepada rakan-rakan kerana bimbang diejek.

Kini, Athos bangga dengan kebolehannya yang luar biasa dan mendakwa turut menjadi rujukan dalam kalangan individu yang sama dengannya.

"Selepas kisah saya dilaporkan dalam beberapa penerbitan dan akhbar antarabangsa, saya menerima beberapa mesej setiap hari serta panggilan telefon daripada orang yang mempunyai kebolehan yang sama, namun mereka bersembunyi selama bertahun-tahun kerana takut dilabel sebagai gila," ujarnya.

Athos berkata dia mahu menggunakan kelebihan itu untuk membantu mereka "yang perlu keluar dari lubang atau kegelapan" dan mengingatkan mereka bahawa "hidup perlu diteruskan".

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pengembara masa’ ramal Amsterdam binasa dihentam meteor pada 2023

"Saya tidak pernah meminta untuk dipanggil Nostradamus. Saya bukan pemimpin rohani atau guru. Saya bukan model yang perlu dijadikan sebagai contoh.

"Saya cuma mahu mendengar luahan orang, membimbing dan membantu menunjukkan jalan kepada mereka," ujarnya lagi.

Athos berkata keluarganya turut terlibat dalam dunia paranormal dan mengakui dirinya mampu membayangkan peristiwa dramatik pada masa hadapan.

"Semuanya adalah frekuensi tenaga, manusia adalah antena yang menghubungkan banyak medan dan melalui sambungan ini, kita boleh menyambung dan membangunkan mekanisme sedemikian.

"Sama seperti saya, banyak ahli paranormal lain telah mengatasi kebolehan atau mencapainya dengan masa melalui beberapa latihan mental.

"Terlibat dalam paranormal rasanya seperti mengambil X-ray manusia. Saya cuma mahu membantu mereka yang berputus asa, untuk mendengar dan menyumbang dalam beberapa cara bagi mengeluarkan seseorang dari lubang kegelapan," ujarnya panjang lebar. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain