suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mati selepas buat seks ganas dengan wanita di hotel, tiba-tiba rebah tak bernyawa

Lelaki itu meninggal dunia di sebuah hotel pada Rabu lalu. (Gambar Hiasan)

POLIS di Ondo, Nigeria memulakan siasatan ke atas kematian seorang lelaki yang didakwa meninggal dunia selepas melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel.

Difahamkan, si mati yang dikenali sebagai Lanre meninggal dunia selepas melakukan persetubuhan ganas dengan wanita itu di sebuah hotel di bandar Ondo pada petang Rabu.

Seorang sumber berkata, "Wanita itu meminta bantuan selepas menyedari lelaki itu rebah selepas mandi, sejurus melakukan hubungan seks pada pukul 9 malam pada hari Rabu. Teriakannya menarik perhatian pengurus hotel yang kemudiannya memanggil pegawai polis ke tempat kejadian."

ARTIKEL BERKAITAN: Duda 56 tahun mati, kena serangan jantung ketika lakukan seks dengan anjing dan patung bersaiz manusia

Pegawai Perhubungan Awam Polis negeri, Funmilayo Odunlami ketika dihubungi berkata, ia merupakan kes kematian mengejut dan luar biasa, malah polis telah memulakan siasatan.

“Ia adalah kes kematian mengejut. Kami telah memulakan siasatan ke atas perkara itu,” katanya.

Mayat mendiang kini disimpan di bilik mayat Universiti Sains Perubatan, Ondo. - Punch.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain