suria

Duda 56 tahun mati, kena serangan jantung ketika lakukan seks dengan anjing dan patung bersaiz manusia

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel, bersama lima keping foto lucah berhampiran wajahnya.

SABAN hari, ada sahaja kisah aneh yang kadang-kala tidak terjangkau dek akal kita.

Kali ini, seorang lelaki di Thailand meninggal dunia ketika sedang melakukan hubungan seks dengan patung seks bersaiz manusia dan seekor anjing.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut selepas adakan hubungan intim dengan pekerja seks

Praphan Tummasaeng, 56, terkena serangan jantung ketika sedang melakukan perbuatan terkutuk itu pada Rabu pagi.

Polis turut menemui foto-foto lucah wanita dalam kediaman lelaki itu.

"Lelaki itu meninggal dunia enam jam sebelum kami tiba. Tiada kecederaan, cadar juga tidak terusik. Tiada tanda-tanda pecah masuk.

"Dalam rumah, kami jumpa seekor anjing betina. Pemeriksaan polis dan doktor mendapati dia meninggal kerana sakit jantung ketika lakukan seks dengan anjing dan patung tersebut," ujar Leftenan Pairoj Sandee, mewakili pihak polis.

Menurut polis, anjing berkenaan turut dijumpai telah mati di tempat kejadian.

Terdahulu, mayat lelaki itu dijumpai oleh jirannya.

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel, bersama lima keping foto lucah berhampiran wajahnya.

Menurut adik mangsa, Noona Tummasaeng, 45, lelaki itu sudah bercerai dan tinggal berasingan dengan isteri serta anaknya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain