suria

Gempar! Penduduk kampung lihat lembaga berbulu setinggi 6 kaki awal pagi

Lembaga tersebut dipercayai dilihat di kawasan luar bandar sekitar jam 2 pagi.

PENAMPAKAN lembaga berbulu setinggi enam kaki dipercayai berlaku di kawasan A425 perkampungan Staverton, Northamptonshire, England, awal pagi Ahad lalu.

Perkara itu heboh diperkatakan di forum Mumsnet selepas pengguna laluan galloping menyiarkan insiden berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk gempar fenomena luar biasa ‘hujan ikan’

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar objek misteri ditemui, mirip serpihan pesawat

Menurut hantaran tersebut, pengguna terbabit menyatakan, lembaga itu dikesan pada pukul 2 pagi semasa dia memandu ke kawasan luar bandar.

Ujarnya, dia terkejut apabila melihat satu lembaga yang dianggarkan setinggi enam kaki (1.8 meter) dan mempunyai kaki serta pinggul melintas jalan di hadapannya.

"Ia bukan rusa kerana berdiri dengan dua kaki. Di sini tidak ada rumah atau bangunan, yang terdekat kira-kira dua kilometer jauhnya," katanya.

Tambahnya, semasa memandu pulang ke rumahnya, dia memeriksa kawasan sekitar sekiranya terdapat sebarang kelibat yang membentuk seakan-akan bayangan lembaga itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain