suria

Pelajar cuba ceroboh kandang di zoo, mahu tengok harimau depan mata

Seorang pemuda tidak berniat untuk mencederakan harimau. foto WCVB

SEORANG pelajar ditahan selepas cuba menceroboh masuk ke kandang harimau di sebuah zoo di Amerika Syarikat (AS).

Dia bagaimanapun mendakwa bukan mahu mencederakan haiwan itu.

Menurut polis, kakitangan Zoo Franklin Park mengesan Matthew Abraham, 24, di luar pintu di belakang kandang harimau pada kira-kira 8.45 pagi 21 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'terlajak' berani cuba ceroboh kandang singa, dakwa sedang cari berlian tersembunyi

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang buat hal cuba ceroboh kokpit, pesawat terpaksa lakukan pendaratan cemas

Pelajar jurusan biologi itu didakwa memanjat beberapa pagar untuk masuk ke kawasan itu, tetapi melompat ke atas pagar dan melarikan diri sebaik didekati pekerja zoo.

Dia kemudiannya dijejaki oleh kakitangan keselamatan di zoo selepas melakukan pencarian.

Berdasarkan pemeriksaan paramedik, pemuda itu tidak mengalami kecederaan.

Memetik laporan WCWB, Abraham memberitahu pihak berkuasa bahawa minat yang mendalam terhadap harimau membuatkan dia didakwa melakukan pencerobohan dan salah laku.

Bercakap kepada penyiar itu, Abraham berkata: "Saya berada di sana sebagai pengunjung zoo. Saya tidak bermaksud untuk membahayakan sesiapa. Saya tidak bermaksud untuk mencederakan harimau.

"Saya juga tidak berniat untuk mencederakan diri sendiri. Rancangan saya hanya untuk melihat apa itu harimau? Bagaimana harimau bertindak balas terhadap manusia?" katanya.

Tambah Abraham, dia mahu berada enam meter daripada harimau itu tetapi mahu melihat di depan mata.

"Mereka kata mata harimau adalah perkara paling berbahaya yang pernah anda lihat sepanjang hidup anda. Mereka kata bahawa jiwa boleh dilihat melalui mata," katanya.

Lelaki itu juga mengaku tidak membayar untuk memasuki zoo tetapi mendakwa dia dibenarkan masuk ke dalam kandang tersebut daripada memanjat.

"Tengok harimau? Saya tak tahu. Mungkin," katanya ketika ditanya sama ada dia akan cuba melakukannya lagi. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain