suria

Objek seakan UFO terbang di Pakistan, pemburu sifatkan ia bukti terbaik dari luar angkasa

Objek yang didakwa sebagai UFO

PEMBURU UFO menyifatkan rakaman video yang jelas menunjukkan objek tidak dikenali berlegar di atas ibu kota Pakistan, Islamabad adalah bukti terbaik untuk aktiviti luar angkasa.

Ia susulan video yang dirakam dan dikongsikan Arslan Warraich, 33, dari Birmingham tular di media sosial.

Menurut Warraich, dia menghabiskan hampir dua jam menonton objek berbentuk segi tiga yang dipercayai diperbuat daripada beberapa bahan hitam pekat yang menyerap cahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa jumpa UFO, model ini tak tidur tiga hari sebab seronok

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa UFO mendarat di belakang rumahnya

“Saya merakamnya selama lebih 12 minit pada masa yang berbeza, mengambil berpuluh-puluh gambar dan memerhatikannya selama dua jam.

"Pada mata kasar ia kelihatan seperti batu bulat hitam tetapi apabila saya membesarkannya, saya melihat bentuk segitiga dengan bonjolan yang jelas di bahagian atas.

"Objek misteri itu juga tergantung di udara tanpa sebarang pergerakan," katanya sambil menambah beberapa ekor burung yang dirakam bersama mempunyai bentuk berbeza.

Objek yang tidak dikenal pasti itu berlegar di ruang udara Islamabad.

Objek yang tidak dikenal pasti itu berlegar di ruang udara Islamabad.

Katanya, objek yang dilihat itu juga bukanlah dron kerana dia tahu dan pernah menerbangkan dron.

"Tidak masuk akal jika pihak ketenteraan menerbangkan dron di kawasan yang penuh dengan tentera dan pegawai kerajaan.

Sementara itu, selepas video berkenaan objek yang dirakam itu tular, pemburu UFO turut meninggalkan komen dan menyatakan rakaman itu berkualiti tinggi. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

UFO, islamabad, pakistan

Artikel Lain