suria

Lelaki terkejut gigi tumbuh dalam hidung

Seorang lelaki terkejut gigi tumbuh dalam hidungnya. foto The New England Journal of Medicine

PUNCA seorang lelaki mengalami masalah pernafasan melalui hidung selama bertahun-tahun akhirnya terjawab.

Lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat sebatang gigi tumbuh di dalam lubang hidung kanannya.

Susulan masalah pernafasan, lelaki berusia 38 tahun itu berkunjung ke sebuah klinik dan pemeriksaan awal mendapati dia diagnosis mempunyai septum yang menyimpang dan taji septum yang berkalsifikasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertahun-tahun menyendiri, lelaki miliki hidung bentuk 'kemaluan' mampu tersenyum selepas jalani pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Hidung lelaki ini mereput selepas terima suntikan bibir

Doktor melakukan rhinoskopi, prosedur untuk memeriksa hidung dan mendapati objek putih tumbuh di dalam hidungnya.

Ia dikenal pasti sebagai gigi ektopik di mana sememangnya tumbuh di dalam hidung.

Ektopik adalah istilah perubatan yang bermaksud sesuatu yang berada di tempat atau kedudukan yang tidak normal, yang sangat jarang berlaku.

hidung

Gigi tumbuh di dalam hidung. fotoThe New England Journal of Medicine

Menerusi The New England Journal of Medicine, Sagar Khanna dan Michael Turner menulis: "Pemeriksaan fizikal hidung menunjukkan sisihan septum, taji septum berkalsifikasi, dan perforasi dua sentimeter pada septum posterior."

Dalam pada itu, gigi yang tumbuh di dalam hidung lelaki itu berjaya dikeluarkan.

"Gigi itu telah dikeluarkan menerusi pembedahan oral dan otolaryngologic melalui pendekatan intranasal. Ia berukuran 14 milimeter (mm) panjang.

"Tiada komplikasi selepas pembedahan. Menerusi pemeriksaan selepas tiga bulan, pesakit tidak lagi mengalami gejala hidung tersumbat," kata pakar. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI