suria

Dakwa jumpa UFO, model ini tak tidur tiga hari sebab seronok

Nicole Neumann dakwa jumpa UFO ketika bercuti bersama anak dan rakan-rakannya.

SEORANG model dari Argentina mendakwa tidak dapat tidur selama tiga hari kerana begitu teruja gara-gara ternampak objek terbang tidak dikenal pasti (UFO).

Model tersebut, Nicole Neumann menceritakan pengalamannya itu sewaktu tampil dalam sebuah program televisyen di negara berkenaan.

Menurut Neumann, kejadian itu berlaku sekitar akhir tahun lalu sewaktu dia melancong bersama anak dan rakan-rakannya.

"Kami sedang memasak pada suatu malam dan pemilik vila datang serta bertanya pada kami sama ada pernah melihat UFO atau tidak. Pemilik vila itu bertanya kepada kami: Apakah anda mahu melihatnya?

"Kami keluar dari rumah dan UFO ada di belakang rumah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa UFO mendarat di belakang rumahnya

ARTIKEL BERKAITAN: Pelayar Facebook tampil dengan teori mengenai UFO, dakwa wujud makhluk asing kaya di planet lain

Tambah Neumann, dia yakin bahawa objek yang dilihatnya ketika itu adalah UFO dan bukannya dron atau pesawat.

Neumann turut mendakwa melihat objek itu secara jelas kerana UFO itu tidak terbang terlalu tinggi dan berbentuk aneh.

Kata model itu lagi, pemilik vila juga tersebut mendakwa melihat kelibat UFO tersebut beberapa kali.

"Kami menaiki kereta dan ikut UFO itu terbang sampai hujung ladang tanaman. Dari situ, UFO itu terbang di sebalik pokok," menurutnya lagi.

Dakwa Neumann, pengalaman melihat UFO adalah sesuatu yang sukar digambarkan. - Detik.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

UFO, model, Nicole Neumann

Artikel Lain