suria

Pelayar Facebook tampil dengan teori mengenai UFO, dakwa wujud makhluk asing kaya di planet lain

Perkongsian yang ditulis di Facebook itu sehingga kini dikongsi sebanyak 37,000 kali. Foto:Getty.

APABILA berbicara mengenai objek terbang tak dikenali (UFO), pelbagai teori sudah diperkatakan sejak sekian lama.

Terbaharu, seorang pelayar media sosial tampil membicarakan isu itu sehingga ia tular dan menjadi perdebatan ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Moly Ellizabeth, dia beranggapan UFO sebenarnya merupakan pesawat yang membawa makhluk asing yang kaya dari planet lain.

Perkongsian yang ditulis di Facebook miliknya sehingga kini dikongsi sebanyak 37,000 kali.

Malah, ramai pelayar Facebook turut meninggalkan komen pada posting itu.

Jadi betul ke semua dakwaan ini? Atau ia sekadar jenaka sahaja? - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain