suria

Kematian misteri satu keluarga..tiga beranak ditemukan tidak bernyawa di laluan mendaki

Pihak berkuasa menyiasat sama ada kematian satu keluarga ketika mendaki di hutan simpan berlaku disebabkan keracunan algae beracun.

PIHAK berkuasa sedang menyiasat sama ada kematian sebuah keluarga ketika sedang mendaki di hutan simpan berlaku disebabkan keracunan algae beracun.

John Gerris, isterinya, Ellen Ching, anaknya berusia setahun yang bernama Miju dan anjing kesayangan mereka ditemui mati di laluan mendaki di Hutan Simpan Sierra, Utara California.

Kawasan tersebut kini diklasifikasikan sebagai kawasan bahaya (hazmat area) kerana kematian pada mulanya dikaitkan dengan kemungkinan keracunan akibat daripada pembebasan gas beracun daripada lombong lama yang turut berada di kawasan terbabit.

ARTIKLE BERKAITAN: Bau saja dah bikin fobia...Kanak-kanak ini hanya boleh makan roti, yogurt

ARTIKLE BERKAITAN : Seram! Aktiviti berkhemah dua rakan diintai 'badut misteri'

Namun, klasifikasi bahaya (hazmat area) tersebut telah ditarik balik pada 18 Ogos dengan pihak berkuasa percaya bahawa lombong tersebut bukanlah penyebab kepada kematian tersebut.

Laporan menyebut bahawa tiada sebarang kecederaan mahupun nota bunuh diri yang dijumpai bersama kesemua mangsa.

Laluan mendaki di kawasan di mana kesemua mangsa ditemui melalui kawasan yang terkenal dengan keindahan tumbuhan liar terutama pada musim bunga.

Lembaga Kawalan Sumber Air Mariposa pada Khamis melaporkan bahawa mereka akan menganalisa saluran air di kawasan terbabit untuk melihat kehadiran algee beracun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

algae beracun, mati, keluarga, mendaki

Artikel Lain