suria

Bau busuk disangka kentut rupa-rupanya lubang rahsia penuh najis

Lubang rahsia yang ditemui di bawah permaidani itu rupanya saluran najis.

SEPASANG suami isteri terkejut apabila mereka mengetahui bahawa bau busuk yang terdapat di bilik tidur yang sedang diubah suai berpunca daripada lubang rahsia yang ditemui di bawah permaidani.

Penemuan itu dikongsi oleh seorang wanita di laman sosial sosial TikTok, @candyrainsalon dalam satu muat naik video yang menjadi tular dan mendapat lebih 35,000 tanda suka, lapor Mirror.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidung lelaki ini mereput selepas terima suntikan bibir

Menerusi video itu, wanita berkenaan menunjukkan penemuan sebuah lubang rahsia selepas mengoyakkan permaidani yang melapik lantai mereka semasa membuat renovasi kamar.

Dia yang baru sahaja membeli rumah berkenaan menceritakan bahawa, mereka terhidu bau busuk di bilik berkenaan.

Awalnya mereka menuduh bau itu berpunca daripada kentut masing-masing.

Tidak puas hati dengan bau busuk yang terdapat di bilik tidur itu, pasangan yang tidak dinamakan itu kemudian mencari punca dari mana ia datang.

Selepas melihat seluruh bilik, akhirnya mereka menemui sesuatu yang pelik di lantai dan kemudian mengoyakkan permaidani yang menutup kawasan tersebut.

Tanpa disangka, mereka menemui sebuah lubang rahsia di bawah permaidani tersebut dan pada masa sama menyebabkan bau busuk itu semakin kuat.

Mahu melihat apa yang ada di dalam lubang itu, pasangan berkenaan kemudian membuka penutupnya dan mendapati di dalam lubang itu merupakan laluan saluran paip najis.

Pasangan itu bukan sahaja terkejut dengan perkara berkenaan malah merasa geli melihat najis yang terapung dalam lubang tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Katanya, tidak hairan kenapa baunya sangat kuat dan mengganggu.

Perkongsian itu mendapat perhatian warga TikTok yang telah meninggalkan pelbagai komen lucu tentang kejadian berkenaan.

Ada pengikut yang meninggalkan komen supaya pasangan itu meletakkan penutup cermin pada lubang berkenaan supaya mereka boleh melihat laluan najis setiap hari.

Terdapat juga pengikut yang merasa geli mengatakan bahawa jika perkara itu berlaku pada dirinya dia akan segera berpindah rumah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

pelik, tular, tiktok, busuk

Artikel Lain