suria

Penduduk gempar fenomena luar biasa ‘hujan ikan’

Penduduk Texarkana terkejut dengan kejadian ikan jatuh dari langit.

FENOMENA luar biasa berlaku di Texas, Amerika Syarikat (AS) apabila penduduk tempatan menyaksikan ikan jatuh dari langit.

Penduduk di bandar Texarkana digemparkan dengan ikan-ikan kecil yang dilihat jatuh datang dari langit, berikutan bandar itu terletak beberapa jam jauhnya daripada perairan.

Kejadian aneh itu membuatkan laman Facebook rasmi Kota Texarkana untuk menghubungi penduduknya bagi memaklumkan mereka tentang fenomena itu, yang dikenali sebagai 'hujan haiwan'.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, City of Texarkana berkata: "2021 sedang menarik semua helah... termasuk hujan ikan di Texarkana hari ini. Dan tidak, ini bukan lawak."

Hujan haiwan adalah fenomena yang berlaku apabila haiwan air kecil seperti katak, ketam, dan ikan kecil dihanyutkan air atau draf kapal yang berlaku di permukaan bumi.

Ia kemudian menghujani pada masa sama bersama hujan.

"Walaupun aneh, tapi ia berlaku, seperti yang dibuktikan di beberapa tempat di Texarkana hari ini," katanya.

Beberapa laporan mengenai ikan jatuh dari langit bermula sejak Disember tahun lalu selepas orang ramai menyedari ikan kecil di atas tanah di bandar, termasuk jatuh di atas beberapa kereta. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain