suria

Pengembara masa dedah 3 peristiwa yang akan berlaku pada 11 Mac, 19 April dan 17 September 2022

SEORANG pengguna media sosial tampil membuat pendedahan dan mendakwa dirinya sebagai pengembara masa.

Lelaki itu turut membuat ramalan mengenai apa yang akan berlaku sepanjang tahun 2022.

"Ingat tiga tarikh penting ini dalam tahun 2022.

"Pada 11 Mac, akan lahir seorang anak kacukan manusia dan cimpanzi. Anak itu boleh bercakap dan ada ciri-ciri kacukan.

"Pada 19 April, strain jangkitan Covid-19 yang lima kali ganda lebih bahaya akan muncul.

"Pada 17 September, makhluk terbesar akan ditemui dalam laut, dan ia dinamakn Cerine Croin, empat kali ganda saiz paus biru," ujarnya.

Biarpun ada yang meragui ramalan itu, video berkenaan sudah ditonton lebih 10 juta kali.

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen, tak kurang juga yang berjenaka mengenai ramalan itu.

"Jika ada pengembara masa yang lain, tolong buat ramalan yang lebih baik," tulis seorang individu secara sinis. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain