suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar wanita tanggal pakaian, jadikan pelitup muka

Seorang wanita (kiri) bertindak menanggalkan bajunya untuk dijadikan pelitup muka. foto Newsflash

SEORANG wanita bertindak keterlaluan apabila menanggalkan pakaiannya demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di sebuah kedai ais krim.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu, wanita berambut merah tersebut menanggalkan pakaian dan cuba membalutnya di kepala untuk dijadikan sebagai pelitup muka.

Kejadian berlaku sewaktu wanita berkenaan memasuki sebuah kedai di Mendoza, wilayah barat Argentina, pada Sabtu malam.

Tindakannya sekali gus menggemparkan pelanggan lain, terdiri daripada seorang lelaki yang sedang beratur bersama isteri dan dua anak mereka.

Wanita itu kelihatan beberapa kali membalut pakaian pada mukanya.

Keadaan tersebut juga menampakkan pakaian dalamnya.

Wanita itu bagaimanapun diarahkan keluar dari premis oleh kakitangan yang memintanya supaya memakai pelitup muka yang sewajarnya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain