suria

Lelaki promosi diri di papan iklan gergasi, cari calon isteri

Mohammad menggunakan teknik yang menarik untuk mencari calon isteri. foto Anita Maric/ SWNS

SEORANG lelaki bertindak memaparkan wajahnya sendiri pada sebuah papan iklan gergasi di Birmingham, United Kingdom dalam usahanya untuk mencari calon isteri.

Lelaki berusia 29 tahun itu, Mohammad Malik merupakan perunding inovasi dan usahawan.

Dia berkongsi gambarnya di papan iklan gergasi di Jalan Golden Hillock, Hockley Circus, melalui A34 berhampiran Trek Greyhound Perry Barr.

Papan iklan itu tertera dengan ungkapan: 'Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diatur'.

Dia turut menubuhkan sebuah laman web bernama findmalikawife.com, yang berkongsi butiran mengenai misinya mencari cinta.

"Saya perlu dapatkan papan iklan gergasi untuk kelihatan," kata Mohammad.

"Pasangan ideal saya ialah seorang wanita Islam berusia 20an, yang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Saya terbuka kepada mana-mana etnik, tetapi saya mempunyai keluarga Punjabi yang lantang," katanya.

Mohammad, yang menggambarkan dirinya sebagai kurus dengan ketinggian 5 kaki 8 inci berasal dari London tetapi melihat Birmingham sebagai 'rumah kedua'nya.

"Saya seorang yang kreatif, suka melakukan perkara yang spontan dan tidak masuk akal tetapi tentunya 100 peratus halal.

"Kaedah tradisional tidak berkesan untuk saya, jadi saya fikir mengapa tidak bawa ke papan iklan gergasi," katanya. - Metro UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain