suria

Tweet berunsur penghinaan kaum meningkat 500 peratus selepas Elon Musk beli Twitter

Tweet bersifat perkauman meningkat 500 peratus sejak Elon Musk ambil alih Twitter. Foto: REUTERS/Dado Ruvic/Illustration.

PENGGUNAAN perkataan bersifat penghinaan kaum dilaporkan meningkat 500 peratus sejak Elon Musk membeli media sosial Twitter pada Khamis.

Hanya 12 jam selepas Musk mengambil alih Twitter, platform itu terus dihujani dengan perkataan 'N' yang digunakan untuk merendah-rendahkan individu kulit hitam.

Institut Penyelidikan Penularan Rangkaian (NCRI) mendapati penggunaan perkataan N "telah meningkat hampir 500 peratus daripada purata sebelumnya, lapor The Washington Post.

Untuk rekod, ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu akhirnya memiliki Twitter secara rasmi dengan nilai AS$44 juta (RM207.6 bilion) Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas bawa singki masuk pejabat Twitter, Elon Musk pecat 4 pimpinan tertinggi pula

Tanpa menunggu terlalu lama, pada hari yang sama, Musk dikatakan terus 'membersihkan' Twitter.

Pemilik Tesla itu memecat empat pimpinan eksekutif di Twitter.

Empat eksekutif yang dipecat oleh Musk termasuk CEO Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal, Ketua Hal Ehwal Undang-undang serta Dasar Twitter Vijaya Gadde dan penasihat umum Sean Edgett. - Yahoo! News.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain