suria

‘Pengembara masa’ ramal Amsterdam binasa dihentam meteor pada 2023

Seorang pengguna TikTok meramalkan Amsterdam akan binasa dihentam meteor pada 2023.

SEORANG individu 'pengembara masa' yang mendakwa dirinya berasal dari masa depan meramalkan bahawa sebuah bandar utama di Eropah akan dimusnahkan oleh meteor.

Pengguna TikTok yang menggunakan nama 'Time Voyager' itu mendakwa mengetahui nasib buruk yang bakal berlaku di beberapa negara, dan mendedahkan 'ramalan' itu dalam siri video baharunya.

Menurutnya, ibu negara Netherlands, Amsterdam akan menjadi bandar pertama yang akan ditimpa malapetaka.

"Perhatian! Ya, saya pengembara masa dan ini adalah dua kejadian utama yang akan berlaku di Netherlands.

"Pada 4 Januari 2023, sebuah 'bunker' ditemui dan menyimpan rahsia tamadun purba.

"Pada 28 April 2023, Amsterdam akan dihentam meteor yang memusnahkan sebahagian besar bandar raya tersebut," tulisnya pada video berkenaan.

Akaun TikTok yang mempunyai lebih 300,000 pengikut itu juga mendakwa bahawa Australia mungkin berdepan perintah berkurung lebih serius, bukan kerana Covid-19 tetapi disebabkan oleh fenomena perubahan iklim pada 2023.

Dia turut mendakwa bahawa Benua Antartika tidak lama lagi boleh didiami oleh sebahagian besar manusia.

Video berkenaan sekaligus mencetuskan ketakutan dalam kalangan pengguna media sosial kerana ramalannya dianggap terlalu spesifik. - Thesun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain