suria

Cikgu bernafsu aneh, ditangkap dalam keadaan bogel ketika buat aksi seks dengan bangunan

Guru itu ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh di kawasan kediamannya.

SEORANG guru lelaki dari Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas berbogel di khalayak ramai dan secara terang-terangan melakukan perbuatan seks terhadap sebuah bangunan.

Saluran berita tempatan WFLA melaporkan bahawa Jesse Schroeder yang berusia 39 tahun merupakan guru subjek pengajian sosial di Carwise Middle School Florida.

Menurut dokumen dari Pejabat Syerif Daerah Pinellas, perbuatan Schroeder terbongkar selepas aksi tidak senonohnya disaksikan oleh seorang jiran di sekitar kompleks kondominium kediaman di Palm Harbor.

Polis Florida yang dimaklumkan mengenai hal itu terus bergegas ke tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buat hubungan seks dengan kereta, akui jatuh cinta dengan objek tak bernyawa sejak tahun 2005

Menurut laporan saksi, dia melihat Schroeder mengeluarkan alat sulitnya di kawasan awam.

Video kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakam oleh jiran pada waktu tengah malam menunjukkan dia berjalan di sekitar kompleks apartmen itu dalam keadaan telanjang.

Schroeder dihantar ke sebuah pusat tahanan sekitar jam 9 malam, Khamis lalu.

Bagaimanapun, guru itu dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak AS$150 (RM708). - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain