suria

Cuba tiru aksi parkour di kolam renang hotel, remaja maut selepas tergelincir... Terjatuh dari ketinggian 15 meter

Rakaman CCTV sebelum Joshua tergelincir dan terjatuh dari kolam renang Paripas Patong Resort, Phuket. Foto: Viral Press

SEORANG pelancong maut dalam keadaan tragis selepas terjatuh dari ketinggian 50 kaki (15.2 meter) kerana tergelincir ketika cuba mengimbangi badan di tepi kolam renang sebuah hotel.

Kejadian berlaku ketika Joshua James Connell, 19, sedang bercuti di Paripas Patong Resort di Phuket, Thailand pada 30 Jun.

Joshua kali terakhir dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan aksinya yang sedang berjalan di tepian kolam renang yang terletak di bumbung hotel berkenaan.

Rakaman yang mengerikan itu menunjukkan Joshua mengangkat tangannya ke udara dan cuba mengimbangi badan ketika meniti tepian kolam renang.

Rakaman tersebut menunjukkan Joshua seolah-oleh cuba untuk meniru aksi pelari bebas parkour.

Tetapi malangnya remaja itu tergelincir dan terjatuh ke bawah.

Penduduk tempatan terkejut apabila melihat mayat Joshua terjatuh di atas bumbung sebuah kafe di bawah hotel berkenaan.

Joshua, dari Canberra, Australia, segera dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain