suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jijik! Lelaki selamba buka beg plastik, lepaskan ‘hajat’ di ruangan terbuka pusat beli-belah! Siap tinggal ‘bahan bukti’

Seorang lelaki selamba melepaskan hajatnya di ruangan terbuka di sebuah pusat membeli-belah.

JIJIK! Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan situasi di mana seorang lelaki 'terdesak' membuang air besar di ruangan terbuka di sebuah pusat membeli-belah.

Lelaki tersebut dilihat menanggalkan seluarnya sebelum mencangkung.

Dia 'melepaskan hajatnya' di dalam sebuah beg plastik berwarna oren.

Insiden menjijikkan itu berlaku di pusat beli-belah VivoCity di Singapura, pada 28 Jun lalu.

Video aksi lelaki itu sedang membuang air besar dirakam oleh seorang pengunjung yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

"Semasa saya dan rakan berjalan-jalan di VivoCity, kami melihat lelaki ini dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas selesai, dia meninggalkannya najisnya di dalam beg plastik di atas lantai untuk seseorang membersihkannya," kata pengunjung tersebut.

Pengunjung itu berkata, aksi menjijikkan itu berlaku di luar sebuah restoran Jepun di tingkat dua pusat beli-belah berkenaan.

Ujarnya, lelaki itu juga kemudiannya berlalu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Pengunjung itu menambah, dia tidak pasti sekiranya 'sampah' tersebut dibersihkan kerana terus berlalu ekoran merasa jijik. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain