suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk jumpa ular berkepala 2 dalam taman kawasan rumah

Ular berkepala dua itu kini dalam jagaan profesional. Foto: Facebook Nick Evans

VIDEO memaparkan seekor ular yang mempunyai dua kepala, tular di media sosial.

Ular tersebut ditemui di kawasan taman di rumah seorang penduduk di Afrika Selatan.

Penyelamat ular, Nick Evans berkongsi foto dan video mengenai penemuan reptilia tersebut, yang dikenali sebagai spesies ular 'pemakan telur Southern Brown', di laman Facebook miliknya.

Dalam perkongsian di laman sosial itu, Evans berkata dia dihubungi oleh seorang lelaki yang memintanya menangkap ular berkenaan yang ditemui merayap di tamannya.

Lelaki itu enggan mencederakan ular tersebut lebih-lebih selepas mendapati reptilia berkenaan unik dan aneh kerana berkepala dua, lantas dia segera meminta bantuan Evans.

Evans berkata ular itu kini selamat dalam jagaan pihak yang bertanggungjawab.

"Ia bukan spesies berbahaya. Tiada gunanya melepaskannya. Setakat yang saya tahu, spesies ini biasanya tidak hidup lama," ujarnya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain