suria

Kematian tragis pelakon porno Jepun, mayat diikat pada pokok dalam keadaan telanjang

Rina Arano diikat pada pokok tanpa pakaian dan sudah hampir dua minggu meninggal dunia.

PELAKON porno Jepun Rina Arano ditemukan mati dalam keadaan bogel dan diikat pada sebatang pokok di hutan terpencil, menurut polis.

Mayat wanita itu dikesan di Wilayah Ibaraki, selepas dia hilang pada 5 Jun lalu.

Polis sedang menyiasat seorang suspek, Hiroyuki Sanpei yang dikatakan telah berhubung dengan mangsa sebelum dia hilang.

Sanpei, dari Minamiashigara, Wilayah Kanagawa, telah ditahan minggu lalu kerana disyaki menculik dan mengurung Arano.

Difahamkan, lelaki itu bertemu dengan Arano pada 5 Jun lalu di Stesen Mito di Ibaraki Prefecture selepas berbalas mesej menerusi Twitter.

Menurut polis, suspek menjemput Arano sebelum memandu ke vila miliknya di Hitachiota.

Sanpei menafikan dakwaan itu, menjelaskan bahawa dia membawa Arano ke vila tersebut dan kemudiannya menghantar wanita itu ke sebuah kedai berdekatan.

Sampei memberitahu polis dia tidak pasti ke mana Arano pergi, namun jawapan itu diragui kerana telefon bimbit mangsa ditemui di dalam rumahnya, menurut Japan Today.

Penyiasat percaya bahawa lelaki berusia 33 tahun itu membuang mayatnya di tempat yang tidak kelihatan, di cerun kira-kira enam meter di bawah jalan hutan berhampiran vila Sanpei.

Sebahagian daripada bahagian atas badan pelakon berusia 23 tahun itu telah reput, tetapi tiada kecederaan luaran yang ketara pada badan.

Arano, seorang penduduk Wad Bunkyo, Tokyo, dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 8 Jun.

Dilahirkan pada 1999 dan berasal dari Tokyo, dia sebelum ini banyak terlibat dalam projek tertentu sebagai model dan turut berkecimpung dalam pembikinan filem dewasa.

Menurut kenyataan polis yang diterbitkan oleh The Sun: “Rina Arano diikat pada pokok tanpa pakaian dan sudah hampir dua minggu meninggal dunia.

“Kami masih berusaha untuk mengenal pasti punca kematian.

Laporan itu menambah bahawa bedah siasat yang dikeluarkan pada 21 Jun menunjukkan Arano mengalami patah tulang hyoid iaitu tulang di leher yang menyokong lidah. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain