suria

Berjalan kaki selama 11 bulan, jemaah haji berusia 52 tahun selamat tiba di Makkah

Penduduk tempatan menyambut ketibaan Adam pada Ahad.

SELEPAS mengharungi perjalanan dengan berjalan kaki selama 11 bulan, seorang jemaah akhirnya tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Jemaah itu menyempurnakan perjalanan sejauh 6,500 kilometer (km) dari Wolverhampton, Britain ke kota Makkah di Arab Saudi.

Jemaah itu merupakan warga Britain berusia 52 tahun, Adam Muhammad.

Warga Britain yang berasal dari Kurdistan itu berasa gembira sebaik tibanya di bandar itu.

Orang ramai yang berada di Masjid Aisha turut menyambut ketibaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar depan Kaabah, YouTuber Daud Kim segak pakai ihram... Jalani ibadah puasa di Makkah dan Madinah

Adam berkata, dia memulakan perjalanan ke Makkah dengan berjalan kaki dari Britain sejak 10 bulan dan 26 hari lalu.

Perjalanannya melalui sembilan negara, untuk sampai ke Makkah bagi menunaikan haji pada tahun ini.

Sepanjang perjalanan, dia melalui Belanda, Jerman, Republik Czech, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum memasuki Arab Saudi.

Menurut Adam, dia mengharungi pelbagai rintangan dan kesukaran dalam perjalanan yang penuh cabaran, termasuk cuaca buruk.

Setibanya di Makkah, dia berkata, "Haji adalah keinginan saya yang paling tinggi dan impian teratas saya," katanya.

Bercakap kepada pemberita, Adam berkata, dia bangun pagi suatu hari dan berhasrat untuk berjalan kaki bagi menunaikan haji dan dia berjaya melakukannya. - Gulf Today

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain