suria

Mahu majlis kahwin besar-besaran, bekas model minta tetamu bayar berjumlah RM16,000

Carla Bellucci sebelum ini menjadi perhatian kerana isu rawatan hidung. foto Giovanni Pincay

SEORANG wanita merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, tetapi tetamu perlu membayar untuk menghadiri majlis itu.

Begitulah yang dilakukan oleh bekas model, Carla Bellucci, 40, yang pernah menjadi tajuk utama berkaitan dengan rawatan hidung.

Mencetuskan lebih banyak kontroversi, bekas model dari Hertfordshire, United Kingdom itu mendedahkan tetamu akan dikenakan bayaran untuk menghadiri majlis perkahwinannya bersama Giovanni, 52.

Walaupun kebanyakan perkahwinan mungkin mahal untuk dirancang, Carla berharap dapat menjimatkan wang dengan memastikan keluarga dan rakan-rakan membayarnya.

Dia bercadang supaya 30 orang membayar kira-kira £100 (RM533) untuk hadir ke majlis perkahwinannya, menjadikan jumlah keseluruhan £3,000 (RM16,000).

Majlis perkahwinan itu dikatakan membabitkan kos sebanyak £40,000 (RM37,330).

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup bajet, tetamu dipaksa cuci pinggan di majlis kahwin

Ibu kepada empat anak menjangkakan tetamu akan membelanjakan £2,000 (RM10,667) untuk penerbangan dan penginapan sempena majlis yang berlangsung di Cape Verde.

"Saya mahukan yang terbaik dari segala-galanya. Tetapi saya tidak mahu akhirnya menjadi muflis!

"Jadi saya beritahu 30 tetamu saya bahawa mereka perlu menyumbang £100 setiap seorang, supaya kami dapat menjimatkan sedikit wang.

"Setakat ini mereka bersetuju! Dan saya juga berjaya menjimatkan wang dengan kerjasama ini.

"Saya suka mengadakan perkahwinan impian saya dan orang lain akan membayarnya," kata Carla. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain