suria

Gempar 2 wanita cuba seludup lebih 100 haiwan termasuk ular, biawak dalam pesawat

Dua penumpang cuba menyeludup haiwan dalam bagasi. foto Department Of National Parks

DUA wanita ditahan selepas didapati menyeludup masuk lebih 100 haiwan hidup ke dalam pesawat.

Kakitangan lapangan terbang terkejut menemui kesemua haiwan itu di dalam bagasi Nithya Raja, 38, dan Zakia Sulthana Ebrahim, 24.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Thailand pada Isnin (27 Jun).

Ketua pusat pemeriksaan hidupan liar, Sathon Khong-ngern berkata, terdapat 109 ekor binatang di dalam dua beg selepas pemeriksaan imbasan dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki seludup burung dalam beg disyaki untuk berjudi, ditahan di lapangan terbang

Penemuan menggemparkan itu mendedahkan dua ekor landak albino, dua armadillo, 35 penyu, 50 biawak dan 20 ular.

Khong-ngern berkata, Raja dan Ebrahim didakwa melanggar Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar 2019.

Mereka juga didapati melanggar Akta Penyakit Haiwan 2015 dan Akta Kastam 2017.

Siasatan masih dijalankan berhubung sebab suspek cuba membawa kesemua haiwan itu ke dalam pesawat.- Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain