suria

Seribu satu rahsia tersimpan di dasar laut, nelayan terkejut jumpa makhluk aneh miliki badan lutsinar

Nelayan menemui makhluk aneh lutsinar yang diselaputi lendir seperti jeli.

SEORANG nelayan terkejut apabila dia menemui makhluk laut lutsinar ketika keluar mencari rezeki baru-baru ini.

Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan sangat aneh kerana memiliki badan lutsinar dan mempunyai bentuk seolah-olah makhluk asing.

"Beritahu saya ini bukan makhluk asing," ujarnya dalam video itu.

Dia turut memicit lapisan luar badan haiwan itu yang lembik seperti agar-agar.

Bagaimanapun, lokasi video itu dirakam tidak didedahkan.

Ia bukanlah penemuan pertama seumpamanya yang pernah tular di media sosial.

Baru-baru ini, seorang pemancing menemui ikan yang mempunyai sesungut seperti sotong kurita.

Haiwan berkepala besar itu mempunyai tiga sesungut, berbeza dengan sotong kurita yang memiliki lapan sesungut.- Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain