suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak gajah buat hal, pandai cabut skirt pengunjung wanita guna belalai

Model itu menghadapi situasi melucukan ketika berkunjung ke Thailand baru-baru ini.

SEEKOR anak gajah nakal menjadi perhatian selepas ia menanggalkan skirt seorang pengunjung wanita menggunakan belalainya.

Insiden berlaku ketika Megan Milan, seorang model kulit hitam melawat Chia Lai Orchid, tempat perlindungan yang menyelamatkan gajah di Chiang Mai, Thailand, awal bulan ini.

Dalam satu rakaman tular, anak gajah berusia tiga minggu itu menggunakan belalainya untuk menarik skirt wanita berkenaan sehingga menampakkan seluar dalam yang berwarna putih.

Malah, haiwan itu turut bertindak buas dengan menindih wanita itu yang terjatuh di atas rumput.

Meghan kelihatan tidak risau, sebaliknya menikmati detik melucukan yang berlaku di pusat perlindungan haiwan itu.

Rakaman itu sehingga kini meraih lebih 12 juta tontonan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain