suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

YouTuber hidap penyakit progeria meninggal dunia pada usia 15 tahun

Adalia Rose meninggal dunia pada 12 Januari lalu. Foto: facebook.com/AdaliaRose.

YOUTUBER terkenal Adalia Rose, 15, yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia pada 12 Januari lalu.

Perkara itu diumumkan oleh ibu bapanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 8 juta pengikut, YouTuber terkenal meninggal dunia pada usia 26 tahun

"Kami berharap ini bukan satu realiti, namun ia benar-benar berlaku. Kami cuma nak ucapkan terima kasih atas sokongan anda semua.

"Terima kasih juga kepada doktor dan jururawat yang merawat dia sehingga sihat selama ini," ujar ibu bapanya.

Remaja kelainan upaya itu menjadi perhatian ramai gara-gara menghidap penyakit progeria yang menyebabkan wajah dan tubuhnya kelihatan seperti orang tua.

Dia turut meraih peminat tersendiri kerana menggunakan platform video YouTube untuk berkongsi mengenai perjalanan hidupnya.

Sifatnya yang periang membolehkan dia meraih 170 juta subscribers di YouTube.

Untuk rekod, hanya 500 orang dalam dunia ini yang mengalami penyakit progeria.

Kebanyakan mereka mempunyai jangka hayat sehingga berusia 13 tahun sahaja. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain