suria

Penduduk gempar dilanda ‘hujan’ kacang soya

Penduduk digemparkan kejadian 'hujan kacang soya' di Hamilton, Kanada. foto CBC

PENDUDUK sebuah bandar kecil di Ontario, Kanada, digemparkan dengan kawasan kejiranan ditaburi dengan kacang soya.

Kejiranan di Burlington Street East, Hamilton dilitupi kacang soya selepas berlaku kerosakan di pusat industri pertanian, menyebabkan 'hujan' kacang soya di jalan pada 28 dan 29 Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk gempar fenomena luar biasa ‘hujan ikan’

ARTIKEL BERKAITAN:‘Tikus pahlawan’ pernah kesan lebih 100 periuk api dan diberi pingat kini sudah mati

Berkongsi kejadian kepada laman sosial Reddit, seorang penduduk, Adrienne Van Halem mendakwa dia pada asalnya menyangka bahan misteri berwarna putih itu sebagai salji sebelum menyedari ia adalah kulit kacang.

"Ini perkara yang luar biasa. Seluruh blok saya dilitupi kulit kacang soya," katanya, dengan gambar kacang soya bertaburan di atas cermin kereta.



Bunge memberikan baucar cuci kereta secara percuma.

Susulan kejadian itu, lelaki berusia 35 tahun itu menghubungi sebuah syarikat makanan yang mengendalikan kilang pemprosesan biji minyak di kawasan itu, Bunge, untuk bertanyakan apa yang berlaku.

Dia kemudian mendapat mel suara yang mengesahkan kejadian, dan keesokan hari menerima satu baucar cuci kereta secara percuma.

Bercakap menerusi e-mel kepada CBC News, jurucakap Bunge, Deb Seidel berkata, kepingan kacang soya dilepaskan secara tidak sengaja dalam kejadian yang jarang berlaku.

Tambahnya, walaupun pelepasan itu tidak menimbulkan risiko kesihatan atau keselamatan, mereka memahami bahawa sisa itu telah mengganggu kejiranan.

Seidel mengesahkan bahawa baucar telah diagihkan kepada mereka yang terjejas dan Kementerian Alam Sekitar Ontario kini berusaha untuk mengenal pasti dan melaksanakan tindakan pembaikan susulan kejadian itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain