suria

Palsu kematian elak dicekup polis, taktik lelaki akhirnya terbongkar selepas dijangkiti Covid-19

Nicholas Alahverdian melarikan diri dari Amerika pada 2018 ditemui di Scotland.

TAKTIK seorang lelaki yang melarikan diri daripada pendakwaan di Amerika Syarikat dengan memalsukan kematiannya, akhirnya terbongkar selepas dimasukkan ke hospital di Scotland kerana dijangkiti Covid-19.

Nicholas Alahverdian, 34, melarikan diri dari Amerika pada 2018 selepas dikaitkan dengan serangan seksual dan penipuan di dua negeri.

Sebuah servis pengebumian pada Februari 2020 mendakwa Alahverdian yang menggunakan nama keluarga Rossi, meninggal dunia kerana kanser limfoma.

Namun, setahun kemudian polis memberitahu mereka tidak mempercayai kematian tersebut.

Alahverdian akhirnya dikesan di Hospital Universiti Queen Elizabeth di Glasgow di mana dia menggunakan alias Arthur Knight.

Dia kini tertakluk kepada prosiding ekstradisi ke Utah selepas DNA membawa pegawai ke Scotland, di mana dia bergantung kepada alat bantuan pernafasan. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain