suria

Kecoh penerbangan 8 jam, burung terbang dalam kabin pesawat

Seekor burung terperangkap di dalam kabin ketika penerbangan. foto TikTok/totallychillfemale

SEEKOR burung 'merentasi' Lautan Atlantik selepas secara tidak sengaja 'menaiki' sebuah pesawat.

Seorang penumpang, Brooke Frazier yang menaiki penerbangan selama lapan jam dari Brussels, Belgium, menyaksikan burung kecil terbang di dalam kabin.

Dia merakam insiden pelik itu menggunakan telefonnya.

"Burung kecil naik di Belgium, turun di AS (Amerika Syarikat).

"Ia akan menjadi sangat keliru," katanya.

Dilaporkan, burung kecil itu dilihat terbang sehingga ke hujung kabin sebelum membuat pusingan pantas dan menuju ke belakang pesawat.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen.

"Harapnya ia (burung) dah sedia dengan visa."

"Ia merupakan burung yang paling laju terbang di dunia, selama beberapa jam," ujar seorang lagi secara berseloroh. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain