suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas polis selfie di lokasi kejadian bunuh, kantoi simpan video lucah dalam telefon

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada Julai 2018. Foto: Julian Hamilton/Daily.

SEORANG bekas anggota polis dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah laku disiplin ketika bertugas.

Ryan Connolly, 37, disiasat kerana tindakannya merakam swafoto di lokasi kejadian bunuh di Gateacre, Liverpool pada tahun 2018.

Selain itu, dia didapati turut menyimpan rakaman video lucah di dalam telefon miliknya.

Dia juga berkemungkinan didakwa atas pemilikan bahan lucah dalam telefon miliknya.

Dia meletakkan jawatan sebagai anggota polis pada November tahun lepas menjelang perbicaraan mahkamah.

Dalam perkembangan semasa, hakim Anthony Cross menetapkan 27 Januari ini sebagai tarikh perbicaraan semula.

Untuk rekod, Connolly sedang bertugas ketika dia merakam foto di lokasi kejadian pembunuhan pada Julai 2018.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 16 tahun ditikam sehingga meninggal dunia.

Ibu mangsa menyifatkan tindakan Connolly merakam gambar dirinya di lokasi itu sebagai penghinaan kepada kematian anaknya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain