suria

Disorok dalam tangki air, pegawai cukai keringkan wang kertas lebih RM500,000 guna seterika dan ‘hair dryer’ hasil serbuan di rumah ahli perniagaan

Wang kertas dikeringkan menggunakan seterika dan pengering rambut.

JABATAN Cukai Pendapatan India menyerbu rumah serta aset milik ahli perniagaan arak Shankar Rai dan keluarganya di Damoh pada Jumaat.

Dalam serbuan tersebut, jabatan berkenaan merampas wang tunai berjumlah Rs 8 crore (RM4.6 juta) dan 3 kilogram (kg) emas.

Menariknya, sejumlah wang tunai Rs 1 crore (RM567,469) ditemui disembunyikan di dalam beg yang disimpan di dalam tangki air bawah tanah.

Sebuah video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan pegawai jabatan berkenaan mengeringkan not wang kertas dengan menggunakan seterika dan pengering rambut.

Serbuan bermula pukul 6 pagi, Khamis berterusan selama 39 jam.

Pegawai Cukai menyerbu lebih daripada sepuluh aset milik keluarga Shankar Rai.

"Selain perniagaan arak, keluarga Rai juga mempunyai perniagaan pinjaman wang, perniagaan bidang pengangkutan, hotel, bar dan pam petrol," kata Pesuruhjaya Jabatan Cukai Pendapatan, Munmum Sharma yang mengetuai serbuan berkenaan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain