suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model seksi jadi buruan, terpaksa pindah rumah demi keselamatan diri

Kata Paige, dia kini berasa lebih selamat selepas berpindah ke kediaman baharu. Foto: Paigeuncaged/Instagram.

SEORANG model terpaksa berpindah rumah gara-gara keselamatannya yang semakin terancam.

Paige Woolen, 29, yang juga seorang influencer mendakwa dia 'diburu' lelaki-lelaki stalkers yang sanggup datang ke kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Saya terpaksa berhenti memuat naik perkongsian mengenai lokasi kedudukan saya. Ia memudahkan sesiapa untuk ekori saya.

"Ada seorang lelaki sanggup menyamar sebagai penghantar bunga untuk mendapatkan alamat saya," dedahnya.

Lebih teruk, Paige mendedahkan dia turut menerima ugutan bunuh gara-gara kelantangannya bersuara mengenai kes curang di media sosial.

Dia sebelum ini kerap menggunakan media sosial miliknya untuk membongkar perilaku lelaki yang sering curang dengan pasangan masing-masing.

"Saya dapat banyak ugutan bunuh. Ada orang dapat tahu alamat rumah ibu bapa saya, mereka hantar bangkai tikus," kata Paige.

Kata Paige, dia kini berasa lebih selamat selepas berpindah ke kediaman baharu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain