suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah bersenam 20 kali seminggu, pelajar ini lakukan sesuatu atasi obses gim berlebihan

Sonny mengatasi obses bersenam di gim. foto Sonny Drinkwater/ University of Bristol

SEORANG pelajar universiti yang bersenam 20 kali seminggu dan mengira setiap kalori, mengatasi obsesi gimnya dengan membantu orang lain menerusi aplikasi makanan.

Menurut laporan Bristol Live, Sonny Drinkwater, 24, menjadi taksub dengan gim sehingga mengalami masalah kesihatan.

Graduan Universiti Bristol itu mula ke gim untuk kekal cergas, tetapi hobi itu memuncak menjadi amalan kecergasan yang tidak sihat.

Dia juga pernah mengehadkan dietnya kepada 1,000 kalori sehari dengan mencatatkan semua yang dimakan.

Pada kemuncak obsesinya dua tahun lalu, dia pergi ke gim sebanyak 20 kali dalam seminggu dan kesihatan mentalnya terjejas teruk.

"Saya akan bangun pada pukul 6 pagi untuk kardio, melakukan angkat berat waktu makan tengah hari dan kemudian lebih banyak kardio di sebelah petang, sambil makan tepat 1,000 kalori sehari. Ia memberi kesan besar terhadap kesihatan mental saya," katanya.

Akui sukar dengan keadaan itu, dia kemudian menyedari terdapat peluang perniagaan untuk membantu orang yang mempunyai keperluan atau keinginan diet tertentu.

Susulan itu, timbul idea untuk mewujudkan kedai makanan dalam taliannya, WellEasy.

Menamatkan pengajian dalam Sarjana Sejarah dengan Inovasi, Sonny melancarkan projek tersebut bersama rakannya, Joshua Barley. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

obses gim, bersenam di gim,

Artikel Lain