suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyentuh hati... burung merak setia ekori bangkai pasangan sebelum ditanam

bangkai merak

BURUNG merak sememangnya terkenal kerana kecantikan bulunya, disebabkan itu haiwan tersebut dikatakan kerap menukar pasangan setiap tahun dan kadangkala dalam satu musim.

Walau bagaimanapun, burung merak juga dikondisikan sebagai haiwan monogami ketika berada dalam kawasan kurungan.

Satu klip video benar-benar menyentuh hati tular di media sosial, menunjukkan seekor burung merak seolah-olah bersedih dan tidak mahu meninggalkan seekor merak lain yang juga pasangannya, yang sudah mati.

Pegawai Perkhidmatan Perhutanan India (IFS), Parveen Kaswan berkongsi video itu di laman Twitternya.

Menurutnya, video itu dirakam di bandar Kuchera, Rajasthan.

Dalam video tersebut, kelihatan dua lelaki membawa bangkai pasangan merak itu, manakala seekor lagi merak mengekori mereka.

"Merak tidak mahu meninggalkan pasangan lamanya selepas kematiannya. Video yang menyentuh hati," tulisnya dalam ciapan di laman tersebut.

Kedua-dua burung merak itu berpasangan selama empat tahun, kata pegawai tersebut.

Video berdurasi 19 saat itu telah menerima lebih 2 juta tontonan dan 15,000 likes. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

burung merak setia, bangkai, Kuchera

Artikel Lain