suria

Pemandu nyaris maut, kepala lori ‘terjuntai’ di tebing setinggi hampir 100 meter!

Kepala lori terjuntai selepas kenderaan itu tersangkut di laluan sempit.

SEORANG pemandu nyaris maut apabila lori yang dipandunya tergelincir di laluan sempit dan menyebabkan kepala kenderaan itu 'terjuntai' di tebing setinggi 300 kaki (91.4 meter).

Video penuh dramatik itu dirakam pada 1 Januari oleh pemandu pelancong tempatan yang dikenali sebagai Wu.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan lori berkenaan tersangkut di selekoh sebuah lebuh raya di sepanjang pinggir gunung di utara China.

Kepala lori itu kelihatan 'terjuntai' di atas tebing setinggi hampir 100 meter.

Bagaimanapun pemandunya berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

Wu yang mengekori lori tersebut ketika itu memberitahu media tempatan bahawa pemandu berkenaan mengambil jalan pintas menggunakan navigasi satelit.

"Lebuh raya ini mempunyai sekatan di mana lebar maksimum mana-mana kenderaan tidak boleh melebihi 6.8 meter.

"Salji turun beberapa hari lalu dan lori itu tergelincir keluar dari jalan ketika dia mengambil selekoh dan kini tersangkut, menghalang lalu lintas sepenuhnya," ujarnya.

Disebabkan kesukaran dan laluan sempit, perkhidmatan tunda sukar untuk mengeluarkan lori tersebut dan ia terus 'terjuntai' di atas tebing selama tiga hari. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain