suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular jual kentut dalam balang, bintang realiti TV umum persaraan selepas dimasukkan ke hospital

Stephanie Matto dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit dada.

BINTANG realiti TV dari Amerika, Stephanie Matto yang viral kerana meraih keuntungan hasil menjual kentut dalam balang, mengumumkan persaraannya selepas dia dikejarkan ke hospital.

Menurut Daily Mail, Matto dikejarkan ke jabatan kecemasan selepas mengalami sakit dada.

Pada mulanya Matto beranggapan dia mengalami serangan jantung atau strok.

Malah bintang realiti TV berusia 31 tahun itu juga merasa hampir menemui ajal.

Selepas menjalani ujian darah dan pemeriksaan lain, doktor memaklumkan bahawa simptom itu sebenarnya disebabkan oleh gas berlebihan daripada diet yang diamalkannya.

Stephanie sebelum ini mendakwa dia menyediakan badannya untuk mengepam gas dengan makan makanan mengandungi banyak protein, yogurt, telur rebus dan kekacang.

Dia telah berjaya menjual sehingga 50 balang kentut seminggu untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Dalam satu video di TikTok, Matto mendedahkan dia meperolehi kira-kira RM200,000 seminggu hasil jualan balang kentut. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain