suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi berciuman dengan pembunuh di penjara, hakim wanita disiasat

Mariel Suarez disiasat selepas klip memaparkannya sedang berciuman dengan seorang pembunuh menjadi tular. Foto: Newsflash

SEORANG hakim wanita sedang disiasat selepas satu rakaman klip daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkannya sedang berciuman dengan seorang pembunuh menjadi tular.

Dalam rakaman tersebut, Mariel Suarez kelihatan sedang bercumbuan dengan Cristian Bustos, banduan yang disabitkan kesalahan dalam kes pembunuhan seorang pegawai polis.

Kejadian itu dirakamkan di sebuah penjara di Argentina, di mana Bustos baru sahaja mula menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Suarez adalah satu-satunya hakim daripada beberapa panel hakim yang berhujah bahawa Bustos harus terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup apabila mereka mensabitkannya bulan lepas.

Bagaimanapun Suarez menafikan sebarang perlakuan intim berlaku dan menegaskan dia hanya melawat banduan tersebut untuk bertanya soalan bagi penulisan bukunya.

Pihak mahkamah mengesahkan siasatan telah dilancarkan susulan tersebarnya klip tersebut.

Hakim atau banduan tersebut tidak dinamakan secara rasmi dalam kenyataan mahkamah yang mengesahkan siasatan, tetapi nama mereka 'dibocorkan' dalam akhbar tempatan di Argentina.

Bustos ditahan di penjara di bandar Trelew, selatan Argentina berhubung kes pembunuhan pegawai polis, Leandro Roberts pada 2009. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain