suria

Wanita ubah diri jadi lelaki, terkejut tiba-tiba hamil

Ash Patrick Schade terharu apabila ramai yang prihatin ketika fasa kehamilannya. Foto: Mercury Press & Media Ltd.

BUKAN sekejap, namun dua tahun wanita ini meluangkan masa untuk melalui proses transformasi demi menjadi lelaki.

Pada waktu itu, Ash Patrick Schade, 28, turut mengalami tekanan selepas bercerai dengan suaminya.

Pada Februari 2020, Ash Patrick Schade, 28, terkejut apabila disahkan sedang hamil.

Ujarnya, dia berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi hubungan sejenis.

Mereka akhirnya terlanjur sehingga dia hamil dan melahirkan bayi perempuan.

"Ia sangat mengejutkan. Namun saya jatuh cinta dengan anak yang dikandung.

"Saya risau sekiranya saya tak jaga anak dengan baik. Saya juga risau mengenai pandangan orang.

"Namun semua kawan saya memberikan sokongan dan sentiasa prihatin," ujarnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain