suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu terkejut... 3 lelaki tawarkan wang di pagar sekolah, minta jual anak perempuan

Polis kini sedang menyiasat satu lagi kes serupa yang berlaku di kawasan itu pada bulan lalu.

TAWARAN gila!

Mungkin itulah yang dapat menggambarkan tindakan tiga lelaki ini menawarkan sejumlah wang tunai untuk membeli seorang kanak-kanak perempuan.

Menurut seorang wanita, dia terkejut dihampiri kumpulan lelaki itu ketika menghantar anaknya ke sekolah pada 1 Disember lalu.

Menerusi kejadian di Sheffield, England, wanita itu dan anaknya dihampiri lelaki berkenaan ketika mereka berada di sekitar pagar sekolah.

"Seorang lelaki dipercayai dari Timur Tengah bersama dua lagi lelaki menghampiri si ibu, mengeluarkan sejumlah wang dan minta ia ditukar dengan anaknya," ujar pihak berkuasa.

Menurut polis, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya.

Malah, polis kini sedang menyiasat satu lagi kes serupa yang berlaku di kawasan itu pada bulan lalu.

Namun sehingga kini, polis belum dapat mengesahkan kaitan antara dua kejadian itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain