suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar labah-labah gergasi merayap pada dinding

Seekor labah-labah gergasi merayap di sebuah dinding bilik. foto TIKTOK/@noobmanbanton

NETIZEN digemparkan dengan rakaman video yang menunjukkan seekor labah-labah gergasi merayap di sebuah dinding bilik.

Rakaman itu menunjukkan haiwan berkenaan merayap secara perlaha-lahan di sekitar sebuah bilik.

Ia mempunyai kaki yang panjang dan berbulu.

Malah, ia juga kelihatan jauh lebih besar daripada mana-mana labah-labah biasa meskipun tidak dikenal pasti jenisnya.

Seorang wanita tidak bernasib baik apabila berada di dalam bilik yang sama dengan labah-labah tersebut.

Puluhan ribu telah menonton video tersebut, yang dirakamkan di Tobago dekat kepulauan Caribeean menerusi perkongsian di laman Instagram dan TikTok.

Rata-rata netizen terkejut dengan labah-labah gergasi itu dan membuat pelbagai reaksi. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain