suria

Facebook tukar nama kepada Meta

Orang ramai bergambar di hadapan papan tanda logo Meta, di luar ibu pejabat Facebook di Menlo Park, Amerika Syarikat. foto AFP

FACEBOOK Inc kini ditukar nama kepada Meta, kata syarikat itu pada Khamis dalam penjenamaan semulanya.

Syarikat itu berkata, penjenamaan semula itu memfokuskan kepada membina 'metaverse', iaitu persekitaran maya perkongsian yang akan menjadi pengganti kepada internet mudah alih.

Ketua Pegawai Ekesekutifnya, Mark Zuckerberg, nama baharu itu mencerminkan usahanya melabur dalam metaverse, dan bukannya perkhidmatan media sosial yang serupa, yang akan terus dipanggil Facebook.

Metaverse ialah istilah yang dicipta dalam novel dystopian 'Snow Crash' tiga dekad lalu dan kini menarik perhatian ramai di Silicon Valley.

Ia merujuk secara meluas kepada idea alam maya dikongsi yang boleh diakses oleh orang ramai menggunakan peranti berbeza.

"Pada masa ini, jenama kami sangat berkait rapat dengan satu produk sehingga tidak dapat mewakili semua yang dilakukan hari ini, apatah lagi pada masa depan," kata Zuckerberg.

Syarikat itu, ia akan menghimpunkan aplikasi dan teknologinya yang berbeza di bawah satu jenama baharu.

Namun katanya, ia tidak akan mengubah struktur korporatnya.

Gergasi teknologi itu, yang mempunyai kira-kira 2.9 bilion pengguna bulanan, telah menghadapi peningkatan penelitian dalam beberapa tahun kebelakangan ini daripada penggubal undang-undang dan pengawal selia global. - AFP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain