suria

Beberapa individu gadai nyawa selamatkan 2 beranak terperangkap dalam insiden kepala air

Beberapa individu menggadai nyawa menyelamatkan seorang wanita dan anaknya yang terperangkap dalam insiden kepala air di air terjun Anaivari Muttal.

RAKAMAN video memaparkan detik cemas beberapa orang lelaki cuba menyelamatkan seorang wanita dan anak kecilnya yang terperangkap dalam insiden kepala air di sebuah air terjun, menjadi tular di media sosial.

Dilaporkan, kejadian tersebut berlaku di air terjun Anaivari Muttal, Tamil Nadu.

Menerusi video berdurasi dua minit yang dimuat naik di Twitter, wanita berkenaan dan anaknya dilihat terperangkap di atas batu besar ketika air sedang turun dengan deras.

Beberapa individu yang terdiri daripada pegawai Indian Forest Service (IFS) dan orang awam menggadaikan nyawa demi menyelamatkan dua beranak terbabit.

Mereka menggunakan tali ketika melintasi batu-batuan besar untuk menghampiri mangsa.

Usaha mereka membawa kedua-dua mangsa naik ke tempat selamat akhirnya berjaya, walaupun dua daripada individu yang menyertai misi berkenaan terjatuh ke dalam air yang deras.

Bagaimanapun mereka berjaya berenang dan dilaporkan selamat. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain