suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sunyi pun bahagia, model wanita pilih untuk kahwin dengan diri sendiri

Cris sedar bahawa kebahagiaan tetap boleh dicapai biarpun dia bersendirian tanpa pasangan.

MUNGKIN sudah puas mencari jodoh, wanita ini akhirnya memilih untuk berkahwin dengan diri sendiri.

Cris Galera, 33, berkata, dia tidak menyangka rasa sunyi sendirian turut memberi kebahagiaan.

Jelas wanita itu, dia sedar bahawa kebahagiaan tetap boleh dicapai biarpun dia bersendirian tanpa pasangan.

"Saya selalu takut untuk bersendirian. Tapi saya sedar, saya perlu rasa bahagia dengan diri sendiri.

"Apa yang berlaku selepas itu, saya pilih untuk raikan kesunyian ini," ujarnya.

Biarpun tiada pengantin lelaki, Cris tetap mengenakan busana putih dan bergambar di hadapan sebuah gereja di Sao Paulo, Brazil pada hari dia menikahi dirinya, September lalu.

Ujarnya lagi, dia juga mahu menjalani hidup tanpa bergantung kepada mana-mana lelaki.

Dedah Cris, ada seorang jejaka Arab menawarkan wang untuk menjadi isterinya, namun dia tetap memilih untuk bersendirian. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain