suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Influencer teruk dikecam gara-gara ‘posing’ depan keranda mendiang bapa

Rivera dikecam gara-gara bertindak mengambil gambar di hadapan keranda mendiang bapanya.

SEORANG influencer Instagram dari Miami menerima kecaman hebat di media sosial gara-gara bertindak mengambil gambar di hadapan keranda mendiang bapanya.

Jayne Rivera turut memuat naik gambar-gambar tersebut di laman Instagram dengan menulis kapsyen: "RIP Papi, kamu adalah kawan baik saya. Sebuah kehidupan yang dilalui dengan baik."

Menerusi lapan keping gambar yang dimuat naik di laman tersebut, kelihatan Jayne berdiri di hadapan keranda dengan memakai sut hitam yang mendedahkan dada dan sebelah lengan serta berstoking.

Model berusia 20 tahun itu turut dilihat memberikan senyuman dalam beberapa keping gambar.

Namun kesemua gambar tersebut telahpun dipadamkan selepas mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkannya sebagai biadab. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain