suria

Wanita dakwa berjaya turunkan berat badan 30kg selepas padam media sosial

Brenda kini memiliki berat yang idea iaitu 61kg.

SEORANG wanita mendakwa berjaya menurunkan berat badannya lebih daripada 30 kilogram (kg) selepas mengambil keputusan untuk memadam akaun media sosialnya.

Brenda Finn, 33, berkata dia selalu mempunyai tanggapan tubuhnya sedikit berisi, namun dengan tabiat pemakanan yang buruk menyebabkan badannya ‘mengembang’ kepada saiz 22 dalam tempoh antara 2016 hingga 2019.

Brenda yang merupakan seorang pembuat lilin akhirnya memutuskan untuk melakukan perubahan selepas berat badannya mencapai 99kg pada Ogos tahun lalu.

Brenda menyalahkan media sosial sebagai punca kepada pertambahan berat badannya, kerana sering menayangkan iklan dan siaran mengandungi makanan yang tidak sihat.

Wanita berkenaan kemudian bertindak memadam akaun Facebook, Instagram dan Twitter, serta nyahkatif daripada media sosial supaya dia tiada alasan lagi untuk menurunkan berat badannya.

Kini, Brenda memiliki berat badan yang ideal iaitu 61kg, setelah kehilangan lebih satu pertiga daripada berat badannya asalnya.

"Saya tidak percaya betapa bagusnya rasa lebih cergas, amalkan diet yang sihat dan saya berasa lebih bertenanga. Ini benar-benar mengubah minda saya terhadap makanan, senaman dan tunuh saya.

"Sekarang, saya bangun setiap hari dan berasa sangat ringan. Saya tidak pernah sedar berasa berat sebelum ini tetapi apabila melihat ke belakang, saya rasa seperti orang yang berbeza.

"Memadam media sosial saya adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat," katanya. - INDIATIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain